Aluan PPD

Wednesday, June 26, 2013

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera. 

Alhamdulillah, dengan izin Allah, Portal Rasmi Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu telah dibina awal Tahun 2012.Sekalung tahniah buat Jawatankuasa yang terlibat dalam tugas ini selari dengan keperluan masa kini yang membolehkan penyebaran maklumat yang cepat dan tepat tentang jabatan kita dapat dilaksanakan. 

Hakikatnya, portal umpama e-kaunter pelanggan yang membolehkan para pelanggan, pihak Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu serta orang awam bebas untuk mendapatkan berita terkini, aktiviti yang dianjurkan dan maklumat yang berguna bagi memperkasakan lagi sistem pendidikan di negeri kita ini. Selain itu juga, portal juga berupaya membina jaringan antara institusi-institusi yang terlibat dalam bidang pendidikan di seluruh Malaysia.

Akhir kata, ikhlaskanlah niat kita dalam bekerja, kerana beban yang berat untuk mendidik anak bangsa kita akan menjadi sederhana dengan niat yang ikhlas. 

TN.HJ CHE AB. AZIZ BIN HJ.DAUD
Pegawai Pelajaran Daerah Kota Bharu 
Kelantan .

0 Komen:

Post a Comment